Valverde sedia berdepan aksi getir 'derby' dengan Espanyol

Oleh Staff Writer 8 Disember 2018 165
Valverde sedia berdepan aksi getir 'derby' dengan Espanyol
Ernesto Valverde menjangka pertarungan sengit dalam aksi 'derby' menentang Espanyol tatkala Barcelona menunggu untuk melihat sekiranya Luis Suarez layak untuk diturunkan, awal pagi nanti.

Pendahulu LaLiga tersebut akan membuat lawatan singkat ke jiran mereka itu untuk menjadi pasukan kedua selepas Girona untuk melakar kemenangan di Stadium RCDE musim ini.

Espanyol menduduki tangga ketujuh LaLiga -- hanya tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat, Deportivo Alaves -- di bawah asuhan Rubi telah mencipta kesan positif sejak kehadirannya dari Huesca, Jun lalu. 

"Jarak mata tidak dikira," kata Valverde kepada media. "Permainan ini banyak bermain dari hati dan sedikit dari kepala.

"Selain kejadian dengan Girona, mereka sangat ampuh di tempat sendiri. Ini adalah aksi sukar dan kami semua akan melalui detik sukar ketika bertandang ke gelanggang lawan. 

"Saya juga berharap kami saling menghormati dan mempamerkan suasana yang baik di padang.

"Saya menjangkakan permainan yang sangat sengit dengan kami mencipta gol pada awal permainan serta menjana banyak peluang jaringan dan jika itu berlaku, ia akan membawa manfaat kepada kami."

Barcelona mungkin mendapatkan semula sentuhan Luis Suarez selepas penyerang Uruguay berkenaan terlepas tiga perlawanan terakhir akibat kecederaan lutut.

Valverde menjangkakan khidmat pemain itu boleh didapati selepas kembali menjalani latihan, namun beliau tidak akan mengambil sebarang risiko yang tidak diperlukan.

Ini bermakna Lionel Messi mungkin akan memainkan peranan penting di barisan depan jika Suarez tersisih lagi.

"Dia (Suarez) sedang menjalani pemulihan dan kami fikir dia boleh kembali cergas untuk aksi esok," katanya.

"Saya tidak mahu terlalu bimbang daripada biasa. Kami perlu berhati-hati dan memastikannya tidak ditimpa masalah lagi.

"Kami juga mempunyai pilihan lain seperti Munir (El Haddadi Mohamed) selain meletakkan Messi di posisi itu juga, jadi segalanya berkemungkinan."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen