STUTTGART 2 UNION BERLIN 2

Union Berlin dua kali dipaksa bangkit untuk mengikat Stuttgart seri 2-2 dalam pertemuan pertama play-off penyingkiran Bundesliga, awal pagi tadi.


Setelah terlepas tiket automatik pada hari terakhir divisyen kedua Bundesliga kepada Paderborn, Union mencetak dua gol di Mercedes-Benz Arena yang menawarkan mereka kelebihan.

Christian Gentner membuka jaringan pada minit ke-42 buat Stuttgart sebelum Suleiman Abdullahi menyambut hantaran jauh untuk menewaskan penjaga gol, Ron-Robert Zieler, bagi menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Jaringan sendiri Marvin Friedrich selepas bola terbias daripada percubaan Mario Gomez kembali meletakkan Stuttgart di depan pada awal babak kedua tetapi pertahanan itu menebus kesilapannya dengan gol tandukan yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-68.

Zieler tangkas menyelamatkan pintu gol tuan rumah apabila menepis percubaan Sebastian Andersson pada penghujung perlawanan untuk Stuttgart -- yang dikendalikan oleh pengurus sementara, Inter Nico Willig -- berdepan tugas sukar ketika bertandang ke tempat lawan dalam usaha mengekalkan status di peringkat tertinggi.

Layangan lewat kad kuning menyebabkan pemain gantian Union, Felix Kroos, akan menjalani penggantungan untuk pertemuan kedua di Berlin, Selasa depan.