Turki sertai Jerman bida Euro 2024

Oleh Staff Writer 27 April 2018 1006
Turki sertai Jerman bida Euro 2024
Turki membuat bidaan rasmi kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Euro 2024, dua hari selepas Jerman menyerahkan dokumen bidaan mereka.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF), Yildirim Demiroren, menyerahkan dokumen tawaran kepada Setiausaha Umum UEFA, Theodore Theodoridis, di ibu pejabat badan induk itu di Nyon, Switzerland, semalam.

"Kami gembira untuk menyampaikan tawaran Turki untuk menganjurkan EURO 2024 kepada setiausaha umum UEFA hari ini," kata Demiroren.

"Saya turut gembira untuk mengumumkan bahawa TFF yang membuat bidaan buat kali keempat berturut-turut telah menyediakan tawaran terbaik dan mendapat sokongan penuh seluruh negara. 

"Semua jaminan yang diberikan adalah tanpa apa-apa tempahan, termasuk beberapa jaminan tambahan dan inovatif yang akan memastikan pulangan kewangan menerusi kejohanan itu -- dengan itu ia akan memberi manfaat kepada semua ahli gabungan UEFA. Kini tiba masanya untuk kami dan kami bersedia untuk berkongsi bersama seluruh Eropah," katanya.

UEFA akan mula menilai tawaran Turki dan Jerman pada minggu-minggu akan datang sebelum undian memutuskan pemenang diputuskan pada 27 September.

"Kami sedar bahawa TFF telah banyak melabur dalam usaha menjadi tuan rumah pertandingan UEFA. Ssaya percaya ia akan menjadi keputusan sukar untuk dibuat Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada September nanti," kata Theodoridis.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen