Tunggu empat bulan lagi -- Yusoff

Oleh Staff Writer 31 Mac 2018 2563
Tunggu empat bulan lagi -- Yusoff
"Tunggu lagi empat bulan," itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, apabila nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dikaitkan sebagai pengganti kekosongan jawatan presiden yang ditinggalkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi perletakkan jawatannya minggu lalu.

Tegas Yusoff, keutamaan adalah calon pemangku presiden yang akan dipilih dalam kalangan barisan exco FAM.

Itu yang akan diputuskan dalam mesyuarat khas pertama jawatankuasa eksekutif FAM selepas peletakan jawatan presiden diterima sebulat suara pada Isnin lalu. 

"Tunku Ismail mengesyorkan saya agar mengisi jawatan ini buat sementara waktu, apa pun ia terpulang kepada keputusan mesyuarat exco," kata Yusoff.

Merujuk kepada saranan Tunku Ismail yang melihat Hamidin adalah calon terbaik bagi penggantinya, segalanya akan ditentukan dalam kongres FAM yang akan berlangsung pada Julai depan.

Sekiranya pencalonan Hamidin mendapat undian tertinggi, bakal presiden yang akan dilantik pada Julai nanti akan menghabiskan baki tempoh yang ditinggalkan Tunku Ismail, iaitu sehingga 2021.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen