Tonton 51 perlawanan Euro 2020 di Astro

Oleh Staff Writer 23 Januari 2020 1770
Tonton 51 perlawanan Euro 2020 di Astro
Peminat bola sepak tanah air akan dapat menonton kesemua 51 perlawanan Kejohanan Euro 2020 UEFA menerusi paparan 4K Defisini Tinggi Ultra (UHD) serta Definisi Tinggi (HD) secara langsung di saluran Astro serta Astro GO.

Astro merupakan penyiar rasmi Euro 2020 dan semua pelanggan aktif Sports Pack pada 15 Mei depan bakal menikmati kesemua perlawanan kejohanan terbesar Eropah itu.

Euro 2020 merupakan edisi ke-60 Kejohanan Eropah dan buat kali pertama, ia melibatkan venue dari 12 negara selama 31 hari, bermula dengan pertemuan di antara Turki dan Itali, 13 Jun depan.

Langgan Astro Sports Pack menerusi www.astro.com.my/shop untuk memastikan anda tidak terlepas aksi Euro 2020 dan saksikannya menerusi 4K UHD apabila mendapatkan Ultra Box di laman www.astro.com.my/ultra.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen