Santiago Solari menjelaskan "tiada apa yang mustahil" buat pasukannya, Real Madrid, ketika mereka melonjak ke tangga ketiga LaLiga selepas menumbangkan Sevilla 2-0, awal pagi tadi.

Gol lewat permainan daripada Casemiro dan Luka Modric membantu Madrid memperoleh kedudukan itu walaupun mereka masih ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Bagi Solari, dia dan barisan pemainnya akan kekal memburu kejuaraan musim ini sehingga mereka sah tersingkir secara matematik daripada saingan.

"Seperti kebiasaan, kami akan kekal berjuang dalam tiga kejohanan sehingga waktu akhir.

"Tiada apa yang mustahil buat Real Madrid.

"Saya sentiasa menikmati setiap perlawanan.

"Ia merupakan keterujaan kami dan kami gembira untuk melaluinya walaupun dalam keadaan sukar.

"Kami sentiasa ghairah dalam setiap perlawanan dan amat baik untuk memenanginya.

"Tiada siapa mampu merampas perkara itu daripada kami," katanya.

Sevilla memperoleh deretan peluang dalam babak pertama, namun Madrid membuktikan mereka pasukan yang lebih baik dalam babak berikutnya.

"Ia sentiasa bermakna lebih daripada tiga mata ketika kami berdepan seteru utama seperti Sevilla.

"Satu pasukan akan meraih kemenangan manakala satu lagi akan tewas.

"Jaringan Casemiro diraikan dengan penuh bermakna walaupun saya tidak pasti apa yang terjadi waktu itu.

"Ia usaha yang wajar dipuji, bukan kerana kesannya terhadap perlawanan ini, tetapi kerana kami benar-benar perlukan kemenangan," tambahnya.