Thiago kembali jalani latihan penuh

Oleh Staff Writer 8 Februari 2018 902
Thiago kembali jalani latihan penuh
Bayern Munich menerima perkhabaran baik apabila pemain tengah, Thiago Alcantara, telah kembali menyertai sesi latihan penuh.

Pemain dari Sepanyol itu tidak turun ke padang sejak mengalami kecederaan paha ketika menentang Anderlecht dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), November lalu.

Selain Thiago, turut mula menyertai latihan penuh adalah Javi Martinez yang mengalami masalah buku lali, lima hari lalu.

Thomas Muller yang mengalami masalah kekejangan paha ketika membenam Paderborn 6-0 bagi saingan Piala Jerman, awal pagi semalam, dilihat terpaksa melalui proses larian aqua di dalam kolam renang.

Sementara pertahanan, Jerome Boateng, yang terlepas aksi menentang Paderborn akibat masalah perut, juga dilihat mula mempersiapkan diri menjelang aksi liga bertemu Schalke, Sabtu ini.

"Kami bermain dengan baik dan menjaringkan banyak gol, jadi momentum itu harus diteruskan," kata pemain yang menggantikan Muller, Corentin Tolisso.

"Kami berdepan beberapa perlawanan penting selepas ini, bermula dengan aksi bertemu Schalke. Ia satu cabaran besar dan kami sudah bersedia untuknya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen