TFC III jalani persiapan awal

Oleh Staff Writer 14 Januari 2019 206
TFC III jalani persiapan awal
Pengurus skuad Terengganu FC (TFC) III, Mohd Rashdi Hamat, sedia menghadapi saingan Piala Presiden dengan memulakan langkah persiapan lebih awal bagi mempertahankan gelaran pada musim ini.

Rashdi mengakui reputasi selaku juara Piala Presiden 2018 tidak meletakkan TFC III dalam zon selesa, sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab besar untuk menghadapi saingan edisi kali ini. 

Namun, Rashdi yakin dengan kebolehan ketua jurulatih, Badrul Hafzan Razali, yang sebelum ini menjadi tulang belakang kejayaan pasukan itu, mampu memastikan sejarah tahun lalu berulang kembali.

Rashdi turut mahu mengambil peluang mengintai tiga pemain skuad Terengganu dari Liga Perdana untuk mengukuhkan pasukan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka ruang mengambil pemain senior pada musim ini.

"Saya tidak memandang rendah kepada pesaing dalam kejohanan ini. Mereka sudah bersedia untuk melakar kejayaan yang sama seperti apa yang kami mahu lakukan," kata Rashdi.

Sementara itu, pengurus pasukan PKNS FC, Mohd Shahrol Md Sharif, yakin dapat mempertahankan kejuaraan Piala Belia walaupun bakal berhadapan persaingan lebih sengit dalam Kumpulan A.

"Sebagai juara bertahan, saya menjangkakan lebih banyak saingan dan PKNS akan berusaha untuk mengulangi kejayaan musim lalu," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen