Naib Presiden Boca Juniors, Horacio Paolini, berkata Carlos Tevez semakin hampir mencapai persetujuan untuk kembali beraksi di Argentina.

Tevez meninggalkan Boca untuk bersama Shanghai Shenhua dengan tawaran lumayan pada tahun lalu tetapi pemain kebangsaan Argentina itu bergelut untuk mendapatkan sentuhan terbaik di China.

Pemain berusia 33 tahun itu hanya menjaringkan empat gol daripada 16 penampilan dalam saingan Liga Super China (CSL).

Paolini mengesahkan Tevez semakin hampir menyertai Boca, kelab yang dibintanginya sebelum menempah nama bersama Manchester United, Manchester City dan Juventus.

"Ia akan diselesaikan dalam beberapa hari lagi," katanya.

"Kami tinggal berdekatan di Argentina. Saya telah bertemunya minggu lalu untuk membincangkan hal ini.

"Saya yakin Tevez mahu kembali bersama Boca."