Marc-Andre Ter Stegen meluahkan rasa kecewa selepas tidak dihiraukan oleh pengurus Jerman, Joachim Low.

Penjaga gol Barcelona, Ter Stegen, diletakkan di bangku simpanan dalam kedua-dua aksi kelayakan Euro 2020 sewaktu tempoh rehat antarabangsa.

Manuel Neuer melepaskan empat gol ketika tewas dalam aksi Kumpulan C di tangan Belanda di laman sendiri tetapi tidak dibolosi ketika menundukkan Ireland Utara di tempat lawan.

Ter Stegen menggantikan Neuer bagi musim 2018-19 ketika kapten Bayern Munich itu direhatkan akibat kecederaan panjang.

Neuer kembali mendapatkan posisi penjaga gol utama sebaik sahaja kembali ke tahap kecergasan terbaik dan Ter Stegen mengakui dia sangat kecewa dengan situasi itu.

"Bukan mudah untuk mendapatkan penjelasan selepas memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan bagi menjadikan keputusan lebih sukar," katanya.

"Saya cuba untuk menjadi penjaga gol utama tetapi kunjungan bersama pasukan kebangsaan telah menjadi tamparan kepada saya."

Ter Stegen, 27, telah beraksi 22 kali untuk negaranya yang kini kembali ke landasan untuk layak ke Euro 2020 selepas berkongsi 12 mata dengan Ireland Utara di puncak carta kumpulan selepas lima perlawanan.