Teong Kim kekal dalam misi ke Piala Dunia 2030

Oleh Staff Writer 11 Februari 2019 7291
Teong Kim kekal dalam misi ke Piala Dunia 2030
Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim, kekal dalam perancangan 12 tahun misi ke Piala Dunia 2030 dan hanya akan dinilai semula selepas tamat kontrak Oktober depan.

Kepakaran pengendali itu masih ditagih dan walaupun Teong Kim gagal melepasi sasaran layak ke Piala Dunia B-17, bekas pemain kebangsaan itu terus diberi peluang untuk menghabiskan baki kontrak yang tinggal.

Penilaian baru telah diberikan buat Teong Kim yang mempertaruhkan kontraknya selepas ini.

"Kami menghormatinya dan tugas dia adalah memastikan semua kategori umur dalam AMD akan diberi pendekatan latihan yang terbaik bersama jurulatih lain yang telah kami lantik," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Sementara itu, atas dasar misi negara, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pelan Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Datuk Seri Subahan Kamal, tidak mahu masalah dalaman berulang lagi.

Dakwaan terdahulu yang melibatkan hubungan dingin Teong Kim dengan jurulatih di bawahnya diharap tidak akan berulang selepas ini.

"Tadi Teong Kim juga ada dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal, jadi saya rasa semua orang boleh bekerjasama demi bola sepak negara. Kami berharap dapat menghasilkan pemain terbaik buat Malaysia," ujar Subahan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen