Tawaran Cerezo Osaka tidak ganggu rentak Luqman 

Oleh Staff Writer 15 Mei 2019 5991
Tawaran Cerezo Osaka tidak ganggu rentak Luqman 
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang masih belum menerima makluman rasmi untuk menjalani sesi latihan bersama pasukan di Jepun mengakui fokusnya tidak terganggu, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha merebut tempat dalam skuad kendalian Bojan Hodak. 

Luqman menarik minat pasukan Liga Jepun (J1), Cerezo Osaka, selepas dinamakan dalam kesebelasan utama Terbaik Piala Sanix 2019, Mac lalu. 

Namun, pencapaian itu dianggap bukan jaminan buatnya untuk menempah tempat dalam skuad B-18 negara sempena Kejohanan AFF B-18 di Vietnam, 5 Ogos depan. 

"Ia tidak mengganggu fokus saya dan tumpuan saya tetap kepada kempen Piala Presiden," ujarnya. 

Pemain berusia 17 tahun itu tersenarai dalam kalangan 32 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat skuad B-18 tahun di padang latihan Sime Darby, malam tadi. 

Dengan kehadiran 10 muka baru, Luqman bertekad untuk menggandakan usahanya dan berharap persiapan awal yang dilakukan berbaloi untuk memikat hati Hodak.

"Saya tidak ambil mudah, saya akan terus bekerja keras. 

"Walaupun kami telah mengharungi banyak perlawanan, saya tidak akan ambil mudah dan akan teruskan apa yang saya mampu lakukan," tambahnya. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen