Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia 

Oleh Staff Writer 16 Mei 2018 1663
Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia 
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar, menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham yang berusia 82 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 malam tadi.  

Elyas, anak kelahiran Pulau Pinang, merupakan bekas datuk bandar ketiga Kuala Lumpur serta pernah menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama lapan tahun bermula pada 1985 selain memimpin skuad kebangsaan menempa nama di peringkat dunia, termasuk menjulang Piala Thomas pada 1992.

Beliau juga turut berperanan sebagai presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) apabila membantu pasukan warga kota menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari tahun 1987 hingga 1989.  

Allahyarham akan terus dikenang sebagai tokoh sukan negara dan pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat negara setelah banyak menabur bakti kepada tanah air, terutama dalam sukan badminton.

Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang hari ini. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen