Tabarez yakin Suarez cergas untuk Copa America

Oleh Staff Writer 25 Mei 2019 217
Tabarez yakin Suarez cergas untuk Copa America
Pengendali Uruguay, Oscar Tabarez, yakin bintang utama, Luis Suarez, akan cergas menjelang Copa America di Brazil, bulan depan

Suarez, yang menjaringkan 25 gol dalam semua kejohanan musim ini, bakal terlepas aksi final Piala Raja Sepanyol berdepan Valencia awal pagi esok selepas menjalani pembedahan lutut.

Pembedahan itu menyebabkan Suarez diragui untuk beraksi dalam Copa Ameria bulan depan tatkala Uruguay bakal memulakan kempen bertemu Ecuador 16 Jun nanti, namun Tabarez tetap meletakkan harapan tinggi.

"Saya rasa, ya, saya mengharapkannya dan dia tampak bagus," kata Tabarez.

"Saya tidak boleh berikan maklumat terperinci kepada anda tetapi dia menunjukkan perkembangan melalui video dan gambar.

"Suarez sedang berusaha untuk pulih dan saya tahu dia akan melakukan segalanya, menampilkan komitmen 100 peratus apabila saingan bermula.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa kerana kecederaan itu perkara biasa dan bukan keinginan pemain. Dia mahu menetapkan minda untuk segera pulih.

"Suarez sangat profesional tentang perkara ini dan dia menunjukkan rekod yang baik, jadi saya berharap dia boleh bersedia untuk pasukan kami. Dia sangat penting buat kami."

Uruguay -- yang melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2018 -- gagal melepasi peringkat kumpulan Copa America tiga tahun lalu.

Untuk edisi 2019, Uruguay bakal berdepan juara bertahan, Chile, Ecuador serta pasukan jemputan, Jepun, dalam Kumpulan C.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen