Sumareh berkorban demi kekal dalam kesebelasan utama

Oleh Staff Writer 10 November 2018 559
Sumareh berkorban demi kekal dalam kesebelasan utama
Pemain sayap skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh, mengakui perlu melakukan pengorbanan membabitkan posisinya untuk terus kekal dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan menentang Laos, Isnin ini.

Sumareh antara taruhan utama pengendali negara, Tan Cheng Hoe, dalam perlawanan menentang Kemboja dalam saingan Piala AFF, Khamis lalu.

Beraksi di bahagian sayap, dia dan Safawi Rasid terpaksa bertukar tempat dalam menjana jentera serangan untuk mendapatkan jaringan.

Begitupun, dia mahupun Safawi tampak kurang selesa ketika beraksi di bahagian kiri kerana kedua-duanya sudah biasa beraksi di posisi sebaliknya.

"Sebelum ini, saya hanya bermain di posisi sebagai sayap kiri. Tetapi saya bukan bersama Pahang tetapi Malaysia. Jadi, saya perlu berusaha untuk membiasakan diri di posisi baru ini," kata Sumareh.

Pertemuan menentang Kemboja merupakan aksi pertama Sumareh bersama skuad Harimau Malaya dalam kejohanan antarabangsa.

Mengakui terdapat perbezaan dengan aksi persahabatan, Sumareh bertekad membantu pasukannya mencapai kemenangan kedua apabila bertemu Laos di laman sendiri.

"Beberapa perkara perlu dipertingkatkan untuk perlawanan seterusnya. Permukaan padang di Kemboja tidak baik tetapi ia bukan alasan. Kami akan berusaha untuk mempamerkan persembahan lebih baik berdepan Laos," ujarnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen