Sukan SEA: Jangan pandang rendah Brunei 

Oleh Staff Writer 10 Ogos 2017
Sukan SEA: Jangan pandang rendah Brunei 
Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee, mahu pasukannya meraih keputusan positif berdepan Brunei dalam aksi pertama peringkat kumpulan Sukan SEA Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Isnin ini.

Kemenangan dalam aksi sulung Kumpulan A itu juga penting bagi memastikan laluan ke separuh akhir.

Namun, Kim Swee kekal berwaspada dengan Brunei dan enggan memandang rendah keupayaan lawan walaupun di atas kertas barisan negara tampak lebih ampuh.

"Penting untuk kami tidak memandang rendah pasukan Brunei dan apa yang lebih mustahak, kami harus mendapatkan tiga mata. 

"Ia akan memberikan kami motivasi untuk perlawanan seterusnya, terutama dalam peringkat kumpulan," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee enggan terburu-buru menentukan senarai akhir 20 pemain untuk menghadapi temasya itu.

Beliau juga akan mepertimbangkan penampilan enam pemain yang tidak turut serta ke saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Bangkok bulan lalu untuk senarai akhir pasukan.

Enam pemain terbabit ialah Haziq Nadzli, Safawi Rasid, Mohd Syamer Kutty Abba, S. Kumaahran, Matthew Davies dan Mohd Nor Azam Azih.

"Saya harus memilih pemain yang terbaik dan saya perlu melihat banyak aspek dalam pemilihan, termasuk kecederaan, keletihan dan posisi tertentu," tambah Kim Swee.

Tentang Penulis

Staff Writer
Tawaran Menarik

Komen

Baca Selanjutnya

Kejohanan Dunia: Chong Wei akui laluannya berliku

By Astro Arena 10 Ogos 2017. 1.24 PM