Sukan SEA: Davies kini lebih matang 

Oleh Staff Writer 10 Ogos 2017
Sukan SEA: Davies kini lebih matang 
Selepas gagal membantu Malaysia meraih pingat dalam Sukan SEA Singapura dua tahun lalu, Matthew Davies bertekad mahu sekali lagi berada dalam senarai akhir skuad dan membantu meraih emas dalam temasya kali ini di laman sendiri.

Bagi Davies, dia kini lebih matang selepas turut meraih pengalaman bersama skuad senior kebangsaan.

Pertahanan kanan ini mengakui kelebihan beraksi di laman sendiri juga menjadi motivasi tambahan buatnya.

"Saya rasa pengalaman Singapura (Sukan SEA Singapura) adalah pelajaran yang baik untuk saya. Diharapkan kami mendapat keputusan yang baik," katanya.

Bersama Pahang dalam saingan Liga Super, Davies hanya beraksi di posisi pertahanan kanan.

Namun, bekas pemain Perth Glory FC dalam Liga Australia ini tiada masalah bermain dengan formasi 3-4-3 yang kini diterapkan jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee.

"Saya suka dengan coraknya di mana saya boleh pergi ke depan dan banyak melakukan hantaran-hantaran. Ia sesuai dengan gaya saya bermain," katanya.

Jadual perlawanan

14 Ogos, 8.00 Mlm
Malaysia lwn Brunei

16 Ogos, 8.00 Mlm 
Malaysia lwn Singapura

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen