Sukan Asia: Kim Swee akui hadapi tugas berat

Oleh Staff Writer 27 Julai 2018 189
Sukan Asia: Kim Swee akui hadapi tugas berat
Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui menggalas tugas berat dalam dua aksi sukar peringkat kumpulan Sukan Asia 2018 apabila bakal bertemu Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Walaupun berada dalam kumpulan maut, Kim Swee melihat masih ada peluang untuk Malaysia mencari slot ke pusingan kedua, namun ada syarat yang perlu dipenuhi oleh pasukan kebangsaan.

Selain perlu meraih tiga mata dalam perlawanan pertama dengan Kyrgyzstan, aksi kedua dan ketiga bertemu UAE dan Korea Selatan juga perlu diakhiri dengan sumbangan mata bagi setiap perlawanan.

"Apa yang penting, kami perlu mendapatkan keputusan-keputusan positif, terutama ketika berdepan Kyrgyzstan selain berusaha meraih mata ketika bertemu Korea Selatan dan UAE.

"Saya percaya bahawa aksi bertemu Bahrain akan menentukan nasib Malaysia sama ada layak ke pusingan seterusnya atau tidak," ujar Kim Swee.

Sementara itu, empat pemain dalam senarai menunggu, iaitu Adib Zainuddin, Akhyar Rashid, R. Kogileswaran dan Syahmi Safari melengkapkan senarai 28 nama yang akan menyertai kem latihan bermula Isnin ini.

Perkara itu disifatkan Kim Swee sebagai pelan kedua, merujuk kepada kekangan masa yang dihadapinya ketika ini.

"Apabila berada di China, kami akan terus ke Bandung untuk memulakan aksi Sukan Asia. Jadi, tujuan memanggil empat pemain ini adalah untuk menentukan barisan pemain terbaik. Jika ada pemain mengalami kecederaan ketika melaporkan diri pada Isnin nanti, mereka akan digugurkan serta-merta."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen