Suarez diketepikan daripada skuad Uruguay

Oleh Staff Writer 4 Oktober 2019
Suarez diketepikan daripada skuad Uruguay
Luis Suarez akan terlepas aksi persahabatan Uruguay menentang Peru dan akan kekal di Barcelona untuk menjalani rawatan.

Pemain berusia 32 tahun itu dinamakan dalam skuad awal tetapi terlepas dua perlawanan bulan ini.

Dia menjaringkan lima gol dalam tujuh perlawanan musim ini bersama Barca, termasuk dua jaringan dalam kemenangan 2-1 ke atas Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Barca dan Uruguay mengumumkan semalam bahawa penyerang itu akan kekal di Sepanyol dan tidak akan menyertai aksi persahabatan di Montevideo dan Lima.

"Suarez akan kekal di Barcelona dan menjalani rawatan selepas persetujuan dicapai di antara pihak perubatan kelab dan skuad kebangsaan Uruguay bagi memastikan perancangan peribadinya berjalan lancar," kata wakil Barcelona.

Walaupun berdepan kritikan, Suarez melalui permulaan baik musim ini bersama Barca yang kini menduduki tangga keempat LaLiga dan bakal melayan kunjungan Sevilla, Ahad ini.

Uruguay turut mengetepikan Giorgian De Arrascaeta selepas pemain tengah itu mengalami kecederaan lutut ketika saingan Copa Libertadores di antara Flamengo dan Gremio yang berakhir seri.

Selepas Uruguay melayan kunjungan Peru pada 11 Oktober ini, kedua-dua pasukan itu akan bertemu semula tiga hari kemudian.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen