WERDER BREMEN 1 BORUSSIA DORTMUND 1

Peter Stoger tetap yakin bahawa Borussia Dortmund akan layak ke Liga Juara-Juara (UCL) sungguhpun sekali lagi kecewa dalam kunjungan ke tempat lawan.


Dortmund sekadar seri 1-1 di Werder Bremen dalam aksi Bundesliga awal pagi tadi yang menyaksikan skuad bimbingan Stoger itu kemarau kemenangan dalam enam perlawanan.

Begitupun, jurulatih berkenaan enggan merungut terhadap prestasi pasukannya susulan penampilan cemerlang penjaga gawang Bremen, Jiri Pavlenka, yang tangkas menyelamatkan lima percubaan tatkala Dortmund semakin dekat dengan kelompok empat teratas liga.

"Kami bermain seperti yang kami inginkan, namun penjaga gol lawan mempunyai hari yang sangat baik," kata Stoger kepada Sky. "Itu membawa kepada hasil seperti ini.

"Saya sangat gembira dengan cara kami bermain. Jika anda tahu betapa kuatnya Bremen di tempat sendiri dan prestasi permainan kami, itu lebih bagus.

"Kami masih memerlukan kemenangan untuk layak ke Liga Juara-Juara. Kami akan mendapatnya," katanya.

Dortmund mempunyai dua baki perlawanan Bundesliga di tempat lawan, iaitu kunjungan ke Mainz sebelum pertemuan getir dengan pasukan di tangga keempat, Hoffenheim.