Southgate sedia bantu Gerrard, Lampard

Oleh Staff Writer 2 Jun 2018 6553
Southgate sedia bantu Gerrard, Lampard
Gareth Southgate memuji tindakan berani bekas pemain England, Steven Gerrard dan Frank Lampard, yang memilih untuk menceburkan diri dalam bidang pengurusan berbanding melakukan tugas mudah.

Walaupun melalui kejayaan yang kecil di peringkat antarabangsa, Gerrard dan Lampard adalah dua daripada pemain tengah terbaik yang pernah dimiliki England apabila membuat 220 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Gerrard, yang sebelum ini mengurus skuad B-19 Liverpool, telah memilih untuk mengendalikan Rangers bagi merapatkan semula persaingan di antara mereka dan seteru utama, Celtic, sambil Lampard dilantik sebagai pengurus Derby County pada Khamis lalu bagi menggantikan Gary Rowett.

Situasi itu membuatkan Southgate gembira melihat kedua-duanya kini cuba berkongsi ilmu bola sepak yang dimiliki dan berharap agar mereka akan mencabar kedudukannya selaku pengurus England suatu hari nanti.

"Mereka tahu sekiranya mereka memerlukan apa sahaja, saya bersedia untuk membantu," kata Southgate.

"Kedua-duanya memiliki perwatakan yang menarik. Sudah pasti sesuatu yang menyeronokkan apabila melihat mereka kembali ke arena bola sepak.

"Terdapat jalan mudah dan mereka tidak memilihnya. Ia sesuatu yang berani. Mereka bakal berdepan pelbagai cabaran, namun dalam masa sama akan membangunkan banyak skil berdasarkan pengalaman yang berbeza," katanya.

Dalam masa sama, Southgate menegaskan aksi persahabatan bertemu Nigeria awal pagi esok bakal menjadi medan ujian buat pemain-pemain The Three Lions sebelum menghadapi aksi pertama Piala Dunia 2018 menentang Tunisia, 18 Jun depan.

"Anda tidak akan melihat banyak taktikal tetapi dua aksi ini sangat penting dan menjadi peluang buat kami untuk mencuba pelbagai perkara.

"Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan dalam dua perlawanan ini. Ia bukan hanya untuk berdepan perlawanan pertama tetapi ia juga memberikan banyak kebaikan untuk tujuan tertentu," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen