Australia membuktikan bahawa mereka merupakan pencabar untuk slot pusingan 16 dan berhak meraih lebih daripada satu mata dalam dua perlawanan awal Piala Dunia Russia, kata Josip Skoko.

Socceroos seri 1-1 dengan Denmark selepas membuka kempen Kumpulan C dengan kekalahan 2-1 kepada Perancis.

Skuad kendalian Bert van Marwijk itu memerlukan kemenangan ke atas Peru pada Selasa ini bagi menghidupkan peluang mara ke peringkat kalah mati.

Skoko, yang merakamkan penampilan ke-51 bersama Socceroos, percaya prestasi itu adalah bukti
Australia layak mencabar tempat dalam pusingan 16.

"Para pemain benar-benar beraksi bagus. Taktikal mereka sangat baik, corak permainan mereka agak rapat, padat dan tidak memberi banyak ruang kepada Denmark," katanya kepada Omnisport.

"Dan apabila saya sangka mereka tidak akan mengulanginya ketika berdepan Denmark, mereka melakukannya dan mungkin itulah punca jaringan kami.

"Saya tidak suka apabila Australia terlalu bertahan dan hanya bermain secara taktikal, saya mahu mereka seronok untuk turun beraksi dan mencipta peluang.

"Mereka harus mendapat pujian, mereka mahukan kemenangan dan hasilnya sepatutnya tiga mata.

"Australia membayangi rentak lawan pada penghujung perlawanan dan sepatutnya mencatatkan keputusan yang lebih baik lagi. Saya suka ketika mereka dalam keyakinan tinggi.

"Mereka tidak gugup. Ia merupakan prestasi mantap dan mendominasi permainan. Australia seharusnya diangkat sebagai pencabar yang tepat untuk melangkah ke pusingan seterusnya," katanya lagi.

Keputusan seri menentang Denmark serta kekalahan kepada Perancis yang membuka jaringan melalui penalti Antoine Griezmann sebelum gol sendiri oleh Aziz Behich menghadiahkan tiga mata kepada lawan.

Walaupun dia berasakan Socceroos sepatutnya mengumpul lebih daripada satu mata, pemain tengah tersebut menekankan tumpuan harus diberikan untuk pertemuan dengan Peru.

"Pada penghujung hari, anda masih mempunyai satu peluang yang tipis," katanya.

"Sudah tentu saya fikir dalam aksi pertama, kami layak mencatat keputusan lebih baik."

Skoko menambah: "Satu mata daripada dua perlawanan ini, kami sememangnya berasakan telah memenangi dua perlawanan tetapi hanya satu mata berjaya dikumpulkan. Jadi, ia agak mengecewakan..

"Tetapi dengan satu perlawanan lagi, anda masih masih mempunyai sisa perjuangan dan diharapkan semuanya berjalan dengan baik dalam perlawanan terakhir demi kemenangan kami."