Slogan Wales, golf, Madrid ditujukan kepada media --  Ejen Bale

Oleh Staff Writer 22 November 2019 395
Slogan Wales, golf, Madrid ditujukan kepada media --  Ejen Bale
Ejen Gareth Bale, Jonathan Barnett, berkata sepanduk bertulis 'WALES. GOLF. MADRID... DALAM TURUTAN' ditujukan buat media walaupun ia menerima kritikan ramai.

Selasa lalu, Bale mencetuskan kontroversi di Cardiff apabila dia bergambar sambil ketawa dan meraikan sepanduk yang dicipta oleh peminat selepas Wales mengesahkan tempat dalam Euro 2020.

Dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Real Madrid serta dikritik ekoran mengutamakan permainan golf berbanding bola sepak, peminat Wales mencetuskan sorakan 'Wales, golf, Madrid' yang kedengaran ketika tempoh rehat antarabangsa.

Semalam, muka depan akhbar Sepanyol, Marca, menulis: "Tidak hormat. Salah. Tidak bersyukur. Dalam turutan'.

Namun, bercakap kepada ESPN, Barnett menegaskan tiada apa perlu dirisaukan tentang Bale susulan kepulangannya ke Madrid.

Bale -- yang tidak beraksi buat Los Blancos sejak bulan lalu -- kini sedia untuk kembali memperkuatkan gergasi Madrid itu menjelang pertemuan menentang Real Sociedad di Santiago Bernabeu, Ahad ini.

Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan dua gol dalam tujuh penampilan bagi semua kejohanan musim ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen