Simeone kagum suasana luar biasa selepas kemenangan dramatik Atletico

Oleh Staff Writer 11 November 2018 482
Simeone kagum suasana luar biasa selepas kemenangan dramatik Atletico
ATLETICO MADRID 3 ATHLETIC BILBAO 2

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, kagum dengan suasana luar biasa di Wanda Metropolitano selepas pasukannya itu menjaringkan gol kemenangan di penghujung perlawanan ketika menewaskan Ahletic Bilbao 3-2 dalam saingan La-Liga, awal pagi tadi.


Atletico dua kali ketinggalan, namun gol lewat daripada Rodrigo berjaya mengikat kedudukan sebelum Diego Godin menanduk masuk umpanan Antoine Griezmann bagi memastikan kemenangan dalam waktu kecederaan.

Kemenangan itu melonjakkan Atletico ke tangga kedua liga, satu mata di belakang Barcelona yang akan bertemu Real Betis, malam ini.

Simeone mengakui sorakan padu penyokong menjadi kunci utama kepada kebangkitan mereka.

"Saya amat gembira dengan penyokong," kata Simeone dalam sidang media.

"Suasana yang diberikan amat luar biasa.

"Kami menewaskan Borussia Dortmund, Selasa lalu. Mereka menewaskan Bayern Munich dan kini pendahulu Bundesliga.

"Kami berusaha keras dan tidak pernah mengaku kalah.

"Kami lakukannya dalam suasana yang menakjubkan.

"Suasana di sini amat hebat. Stadium ini sangat menakjubkan," katanya lagi.

Penjaring gol kemenangan, Godin, terpaksa menghabiskan keseluruhan babak kedua dengan kecederaan paha.

Selepas menggunakan ketiga-tiga pertukaran pemain, Simeone mengarahkan Godin kekal di atas padang dan lega apabila keputusan itu membuahkan hasil yang baik.

"Apabila Diego cedera, secara normal dia akan dikeluarkan, namun kami menyuruhnya untuk kekal beraksi.

"Amat sukar untuk mengawal pemain yang hanya berdiri, namun pada tahun 1970-an dan 1980-an, ia perkara biasa," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen