Aksi di Arena Ekaterinburg bakal memberikan satu saingan yang menarik pada Ahad ini ketika Jepun berdepan Senegal dalam pertembungan Kumpulan G, Piala Dunia.

Kedua-dua pasukan memiliki semangat yang tinggi selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas lawan masing-masing -- Poland dan Colombia.

Bukan sekadar aksi di atas padang buat dua negara ini tetapi kepada penyokong mereka yang meluangkan lebih masa di dalam stadium untuk membersihkan dan membuang sampah ketika
perlawanan sebelum ini di Saransk dan Moscow.

M'Baye Niang menjaringkan gol kedua ketika Senegal mengatasi Poland dan jaringan tersebut menjadi pembakar semangat menjelang pertemuan dengan Samurai Biru bagi memburu slot 16 terbaik.

"Senegal bermain secara berpasukan," katanya.

"Kami tidak akan berputus asa dan terus memberikan yang terbaik bagi mencapai sasaran.

"Kami telah mengkaji permainan Jepun, mengenal pasti kualiti mereka," tambahnya.

Jepun dibantu dengan layangan kad merah kepada pemain Colombia, Carlos Sanchez, dalam aksi pembukaan, dan pertahanan, Yuto Nagatomo, percaya dia dan rakan sepasukan perlu menyedari ancaman Senegal.

"Kepantasan dan kelebihan fizikal merupakan suatu jangkaan saya, ia adalah kelebihan utama Senegal," kata Nagatomo. "Mereka bermain sebagai satu unit."

Pemain-pemain tumpuan

Jepun -- Shinji Kagawa


Kagawa merupakan penjaring gol sulung buat Jepun di Russia ketika mereka menewaskan Colombia dan Jepun akan sekali lagi menagih kreativiti pemain tengah Borussia Dortmund itu.

Senegal -- Idrissa Gueye

Sadio Mane merupakan bintang Senegal tetapi pemain tengah Everton, Gueye, memerikan sokongan kepada pasukan. Dia perlu berhati-hati selepas dilayangkan kad merah ketika berdepan Poland dan mungkin terlepas perlawanan berdepan Colombia.