Argentina menghadapi perlawanan kedua Piala Dunia 2018 menentang Croatia dengan menyedari keperluan mengilhamkan perlawanan ampuh sepanjang 90 minit.

Skuad kendalian Jorge Sampaoli itu sekadar seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan dengan Iceland, sambil Lionel Messi gagal menterjemahkan penalti dalam aksi di Moscow yang lalu.

Tekanan mula dirasakan juara dunia dua kali itu, Messi khususnya. Dia melancarkan 11 percubaan tepat namun tiada satu pun dapat menembusi gawang Iceland -- 21 percubaannya dalam edisi terdahulu juga gagal mengundang bahaya.

Kritikan terhadap Argentina yang terlalu bergantung bintang Barcelona itu sudah berkumandang sejak bertahun lamanya, namun gelaran "Messidependencia" semakin kerap berkumandang sejak mereka tunduk 1-6 kepada Sepanyol dalam aksi pemanas badan pada Mac lepas tatkala Messi tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Pertahanan, Gabriel Mercado, mengatakan sudah tiba masanya keseluruhan pasukan untuk bangkit, bermula aksi di Nizhny Novgorod Jumaat ini.

"Hampir mustahil untuk tidak memikirkan Messi dan tidak memberinya bola," katanya kepada FIFA.com. "Tetapi realitinya, ini adalah permainan berpasukan dan kami perlu bertanggungjawab di bahagian sendiri, untuk membebaskan dan membiarkannya menyudahkan gerakan."

Croatia tewas 0-1 kepada Argentina di peringkat kumpulan edisi Perancis 1998 namun menjengah perlawanan ini, mereka dilabelkan sebagai pilihan susulan kemenangan selesa ke atas Nigeria.

Persiapan Croatia dicemari insiden Nikola Kalinic dihantar pulang ekoran kecederaan belakang selepas memberitahu jurulatih, Zlatko Dalic, bahawa dia tidak dapat dimasukkan semasa menentang Nigeria.

Bagi Luka Modric, perpaduan sepasukan perlu diberikan penekanan memandangkan Croatia memburu kemenangan yang boleh meletakkan mereka dalam pusingan 16.

"Kami bermain sebagai sebuah pasukan, kami bermain sangat rapat ketika melayani Nigeria," katanya ringkas. "Kami perlu melakukan perkara yang sama ketika menentang Argentina."


PEMAIN TUMPUAN

Argentina: Eduardo Salvio


Tiada sesiapa yang paling rajin melainkan 'Toto' Salvio ketika Argentina mendominasi perlawanan. Pemain sayap Benfica itu diletakkan di bahagian pertahanan oleh Sampaoli. Dia muncul senjata Argentina yang menyusup dari bahagian sayap, terutama apabila pemain lawan mengerumuni Messi di bahagian tengah. Dia boleh menjadi watak penting menyalurkan umpanan kepada bahagian hadapan Argentina (berkemungkinan besar Sergio Aguero).

Croatia: Andrej Kramaric

Kramaric memainkan watak sebagai sebagai No. 10 di belakang Mario Mandzukic ketika berdepan Nigeria. Ia boleh memainkan peranan penting ketika menghadapi Argentina sekiranya Dalic kekal dengan sistem sedia ada.
Bahkan, dia menawarkan sokongan kepada penggempur Juventus itu. Untuk itu, dia perlu lebih rajin bergerak demi melarikan bola jauh daripada kawalan Messi.