Semangat juang bantu kami layak ke China -- Adib

Oleh Staff Writer 24 Julai 2017 9269
Semangat juang bantu kami layak ke China -- Adib
Kapten skuad bawah 22 tahun negara, Adib Zainuddin, menyifatkan semangat setiakawan yang tinggi daripada semua pemain sebagai faktor utama kejayaan pasukan dalam  kempen kelayakan AFC Bawah 23 Tahun di Bangkok, Thailand, semalam.

Skuad muda negara diuji dengan cabaran hebat sebelum menyertai kempen kelayakan Kejohanan AFC Bawah 23 2018.

Membabitkan masalah pelepasan pemain, mereka sekadar melakukan persiapan singkat sebelum terbang ke bumi Thailand tanpa enam pemain tonggak.

Begitupun, barisan pemain sedia ada berjaya membuktikan kemampuan masing-masing untuk membantu pasukan layak ke pusingan akhir di China, tahun hadapan.

"Semangat juang pemain-pemain telah membawa kami beraksi di China tahun depan, saya sangat berbangga dengan pencapaian ini," kata Adib.

Skuad negara layak secara merit ke pusingan akhir selepas muncul juara dalam kelayakan Kumpulan H.

Malaysia menutup kempen di Bangkok dengan kemenangan 2-0 ke atas Mongolia selepas menang 3-0 ke atas Indonesia dan tewas 0-3 kepada Thailand dalam perlawanan terdahulu.

"Ia merupakan satu kejayaan yang amat manis, kami berjaya mencapai sasaran yang telah diletakkan dan berharap dapat meneruskan persembahan yang terbaik."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen