Selangor benar-benar mahukan Brendan

Oleh Staff Writer 22 November 2019 6724
Selangor benar-benar mahukan Brendan
Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor, mahu memastikan kelibat Brendan Gan bersama Gergasi Merah musim depan menjadi kenyataan apabila pengendalinya, B. Sathianathan, mengakui cukup berminat dengan perancang tengah Harimau Malaya itu.

Penghijrahan Brendan dari Perak ke Selangor bukan lagi rahsia.

Difahamkan, pemain tengah negara itu sudah bersetuju menyertai skuad Merah Kuning itu musim depan menerusi perjanjian persefahaman yang dimeterai kedua-dua pihak.

Namun, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terpaksa menyelesaikan beberapa perkara sebelum pemain berdarah campuran Malaysia-Australia itu diumumkan secara rasmi.

Selain Selangor, Sathianathan mendedahkan Brendan turut cuba dipancing beberapa pasukan lain, termasuk kelab negara jiran selepas mempamer aksi mantap dalam kempen kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

"Siapa yang tidak minat Brendan Gan? Satu Malaysia kini mahukan khidmatnya. Malah, terdapat ejen dari Thailand turut mahu membawa pemain itu beraksi dalam Liga Thai selepas apa yang dipamerkan pemain itu ketika mengatasi skuad Gajah Perang itu," katanya.

Hanya menunggu kelibat Brendan di atas padang, Sathianathan bagaimanapun menafikan perpindahan Shahrul Saad dari Perak ke Selangor.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen