Clarence Seedorf telah dilantik selaku ketua jurulatih baru skuad kebangsaan Cameroon sambil bekas penggempur Belanda, Patrick Kluivert, bertindak sebagai pembantu.

Dua individu tersebut akan mengendalikan juara bertahan Piala Negara Afrika itu yang terlepas kelayakan ke Piala Dunia 2018, bermula dengan aksi menentang Comoros bulan depan.

Seedorf, yang merupakan pemenang empat kali Liga Juara-Juara Eropah ketika bergelar pemain sebelum ini, gagal memberikan impak sebaik sahaja memegang jawatan pengurus pasukan.

Legenda Belanda berusia 42 tahun itu hanya bertahan selama empat bulan ketika memulakan karier selaku pengurus bersama AC Milan sebelum turut gagal dalam tempoh enam bulan sewaktu membimbing kelab Liga Satu China, Shenzen, dan Deportivo La Coruna di pentas LaLiga.

Bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson, yang menggantikan Seedorf di Shenzen pada Disember 2016, dikaitkan untuk mengambil-alih kerusi panas di Cameroon, namun bekas tonggak Ajax dan Real Madrid itu akhirnya mengesahkan status tersebut.

"Sudah tiba masa untuk saya menyumbang buat Cameroon, negara keturunan keluarga saya," kata Seedorf.