Saya kembali sebab sayangkan kelab ini -- Zidane

Oleh Staff Writer 12 Mac 2019 11616
Saya kembali sebab sayangkan kelab ini -- Zidane
Zinedine Zidane menjelaskan dia kembali ke Real Madrid kerana cintakan kelab itu dan presidennya, Florentino Perez, serta teruja untuk memimpin kebangkitan mereka.

Bekas bintang Perancis itu disahkan sebagai pengganti mengejut kepada Santiago Solari malam tadi menerusi perjanjian selama tiga tahun selepas pengurus berbangsa Argentina itu dipecat ekoran kekalahan memalukan kepada Barcelona dan Ajax.

Zidane mengetuai Madrid untuk meraih kejuaraaan tiga kali berturut-turut dalam Liga Juara-Juara (UCL) selain sembilan trofi lain sebelum meletak jawatan pada Mei tahun lalu -- satu keputusan yang ditegaskannya telah dibuat "demi kebaikan semua orang".

Bagaimanapun, dia kini ingin menduduki kerusi panas di Santiago Bernabeu itu. 

"Ia adalah hari yang istimewa buat semua orang," katanya ketika diperkenalkan. "Saya sangat gembira untuk pulang ke laman sendiri dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan. Saya sangat gembira untuk kembali dan saya mahu bekerja untuk meletakkan kelab ini kembali di tempat yang sepatutnya. 

"Saya meninggalkan kelab ini kerana menganggap perubahan adalah sesuatu yang perlu dilakukan pada akhir musim lalu demi kebaikan semua orang. Ini kerana mereka telah memenangi begitu banyak kejuaaraan. 

"Saya kembali kerana presiden menghubungi saya dan saya sayangkannya dan kelab ini.

"Selepas lapan bulan, saya berminat untuk kembali mengemudi sesi latihan. Pada akhir musim lalu, saya membuat keputusan demi kebaikan semua orang.

"Ini satu tanggungjawab yang berat. Semua pemain di sini sangat menyayangi kelab ini, termasuk saya. 

"Saya bermain dengan lencana ini, saya memenangi banyak kejuaraan dengan seragam ini."

Madrid tewas kepada Barca dalam pertemuan kedua separuh akhir Copa del Rey dan LaLiga, sekali gus mengakhiri harapan mereka untuk meraih kejuaraan domestik sebelum mereka dikejutkan Ajax dalam pusingan 16 UCL. 

Zidane sedar cabaran yang bakal dihadapinya dengan mengatakan wujud kekecewaan musim lalu berikutan kegagalan mereka mempertahankan gelaran liga atau memenangi Copa del Rey.

"Saya tidak lupa apa yang pernah kami menangi tetapi saya juga tidak lupa perkara-perkara buruk," katanya. "Kami kehilangan gelaran LaLiga dengan sekelip mata, begitu juga Copa del Rey. Kami memenangi UCL adalah bagus tetapi saya tahu di mana saya patut berada.

"Saya akan memberikan segala-galanya supaya pasukan ini menjadi lebih baik."

Perez mendedahkan beliau mendekati Zidane sejak lima hari lalu untuk meminta beliau kembali dan berterima kasih kerana menyahut cabaran untuk memimpin pasukan era baru.

Beliau juga memuji Solari kerana melakukan tugas dengan maruah ketika dalam keadaan tidak menentu sewaktu mengambil alih pasukan. 

"Kami akan melalui tempoh yang sukar," katanya. "Pemain-pemain ini telah menghadiahkan kami trofi yang tidak dapat dilupakan dan kami tidak boleh melupakan apa yang telah kami perjuangkan untuk mencapai matlamat ini.

"Kami belum mencapai keputusan yang diharapkan. Saya ingin mengenali cara kerja Solari sehingga saat terakhir. Beliau menunjukkan kesetiaan dan mencintai kelab ini. 

"Usahanya tidak dapat dinafikan sejak hari pertama lagi dan kami mahu beliau terus bersama kami sekiranya beliau berhajat. "

Tambahnya: "Kami belum mencapai tahap yang diharapkan, kami mahu memulakan era baru dengan berjaya. Itulah sebabnya. Hari ini, kami mengalu-alukan ketibaaan Zidane.

"Dia menyahut tanggungjawab ini dalam tempoh sukar. 

"Jika mereka berada di sini bersama kami, ini adalah kerana kerana mereka menyayangi lencana ini. Apabila kami menawarkan dia peluang untuk kembali lima hari lalu, dia menunjukkan tanda sayangnya kepada kelab."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen