Sathianathan: Jangan besar kepala

Oleh Staff Writer 15 Julai 2018 1409
Sathianathan: Jangan besar kepala
Bekas jurulatih negara, B. Sathianathan, mengingatkan pemain skuad bawah 19 tahun kebangsaan agar tidak lupa diri dan besar kepala dengan kejayaan memenangi Kejohanan AFF B-19 di Surabaya, Indonesia, semalam.

Jurulatih Felda United itu menegaskan situasi seperti itu sering berlaku setiap kali pemain daripada skuad muda negara dilambung dengan pujian susulan kejayaan meraih pencapaian membanggakan di peringkat tertinggi.

"Mereka telah bergelar juara Kejohanan AFF tetapi sebagai jurulatih, jika saya memiliki lima pemain, saya akan mengucapkan tahniah dan memuji tetapi setakat itu sahaja. Anda perlu bekerja lebih keras dan jangan besar kepala," katanya.

Sathianathan kini mengharapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat melakukan perancangan yang lebih khusus kepada anak-anak buah Bojan Hodak itu agar momentum kecemerlangan itu berterusan dalam kejohanan seterusnya.

"Apa yang penting adalah mereka perlu didedahkan dengan pengalaman di peringkat antarabangsa seperti aksi persahabatan dengan skuad bawah 19 tahun Thailand, Korea Selatan, Jepun dan lain-lain serta bukan hanya bersaing dalam pertandingan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen