Pengendali Juventus, Maurizio Sarri, telah diserang penyakit radang paru-paru selepas disahkan oleh juara bertahan Serie A itu.

Sarri terlepas aksi persahabatan menentang Triestina, Sabtu lalu akibat demam yang dialami sejak minggu lalu.

Dia kembali ke kem latihan semalam tetapi tidak dapat memantau persiapan di padang akibat penyakitnya itu.

Pihak kelab mengaturkan pemeriksaan lanjut dan dia kini telah mula menjalani rawatan.

"Selepas dipantau sepanjang minggu lalu, Sarri kini berada di JTC Continassa (pusat latihan Juventus) di mana dia mengendalikan kerja buat staf pasukan," kata wakil kelab Serie A itu.

"Malangnya, dia tidak dapat mengendalikan sesi latihan di padang akibat demam yang dialami sehingga membuatkannya terpaksa berehat sepanjang minggu lalu.

"Pada tengah hari, dia melalui ujian yang mengesahkan dia mengalami radang paru-paru dan rawatan susulan telah diatur.

"Barisan jurulatih pasukan telah membenarkan pihak kelab untuk berhubung dengan tahap kesihatannya."

Juve bakal memulakan kempen Serie A menentang Parma Sabtu ini tetapi Sarri belum pasti sama ada akan mengendalikan pasukannya di Ennio Tardini.