Sarri bangga dengan kemenangan Juventus -- Martusciello

Oleh Staff Writer 25 Ogos 2019 4504
Sarri bangga dengan kemenangan Juventus -- Martusciello
Penolong jurulatih Juventus, Giovanni Martusciello, berkata Maurizio Sarri "gembira" di atas kemenangan mengatasi Parma selepas bercakap ketika ketiadaan ketua jurulatih tersebut sebelum dan selepas aksi pembukaan Serie A itu.

Sarri tidak bersama juara Serie A, Juventus, ketika mereka membuka kempen dengan kemenangan 1-0 ke atas Parma hasil jaringan tunggal Giorgio Chiellini.

Martusciello mengambil alih pasukan ketika Sarri masih lagi berusaha untuk pulih daripada pneumonia -- bekas pengendali Chelsea itu turut dijangka terlepas aksi berdepan Napoli selepas ini.

Selepas perlawanan, Martusciello berkata, "Kami telah bercakap dengan Sarri banyak kali sebelum perlawanan.

"Sejujurnya sukar untuk Sarri berjauhan daripada pasukan dan dia mengetahui tentang kondisi pasukan dan bagaimana mereka memulakan saingan liga musim ini.

"Dia sangat gembira dengan kemenangan yang diraih tetapi marah dalam masa sama kerana dia seorang yang mengejar kesempurnaan.

"Sarri tidak berpuas hati jika sesuatu tidak mengikut perancangannya." 

Gonzalo Higuain turut tersenarai dalam kesebelasan utama Juve berdepan Parma manakala pemain sasaran Paris Saint-Germain (PSG), Paulo Dybala memulakan aksi di bangku simpanan.

Higuain sekadar beraksi selama 83 minit manakala Dybala tidak langsung diturunkan.

"Kami cuba menurunkan pemain yang lebih sesuai dengan strategi dan taktikal yang ditetapkan ketika berdepan Parma.

"Kami memilih menurunkan Higuain kerana kemampuannya untuk mengisi posisi penyerang tengah. Tidak menurunkan Dybala bukan bermaksud kami tidak lagi memerlukan dia."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen