Leroy Sane menegaskan Jerman dalam perjalanan untuk penambahbaikan ketika seri 2-2 dengan Belanda di laman sendiri, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Joachim Low itu mendahului dua gol menjelang lima minit terakhir perlawanan untuk menamatkan saingan Liga Negara-Negaa tanpa sebarang kemenangan.

Sesudah tersingkir daripada Liga A, Jerman melepaskan dua gol mudah dan terpaksa menerima keputusan seri dalam perlawanan yang didominasi sepenuhnya mereka sepanjang 85 minit waktu permainan.

Bintang Manchester City, Sane, meledak gol kedua dalam saingan anatarabangsa selepas Timo Werner membuka jaringan pada minit kelapan tetapi mereka kini gagal melakar sebarang kemenangan dalam lima perlawanan.

"Sememangnya kami mahu memenangi setiap perlawanan. Kami telah mendahului 2-0. Ia merupakan keputusan yang mengecewakan," kata Sane.

"Tetapi semua orang dapat melihat peningkatan yang dipamerkan oleh Jerman.

"Kami perlu melakukannya sepanjang 90 minit bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan akan datang."

Kebangkitan yang dilakukan Belanda membenarkan mereka melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara dengan mengatasi juara dunia, Perancis.