Alexis Sanchez berkemungkinan diketepikan selama dua hingga tiga bulan selepas mengalami kecederaan buku lali yag serius, kata pengendali Chile, Reinaldo Rueda.

Sanchez digantikan di penghujung perlawanan ketika Chile terikat tanpa jaringan dalam aksi persahabatan dengan Colombia, Sabtu lalu selepas mengalami masalah yang disifatkan Persekutuan Bolasepak Chile sebagai terkehel tendon buku lali kiri.

Penyerang itu -- yang kini dipinjamkan kepada Inter Milan daripada Manchester United -- bakal menjalani ujian lanjut di Milan sambil Rueda berpendapat dia bakal diketepikan sekiranya pembedahan perlu dilakukan.

"Jika pihak kelab menjalankan pembedahan, kami akan beraksi tanpanya selama dua hingga tiga bulan," katanya dalam sidang media.

"Menyedihkan. Dia sedang mendapatkan semula prestasi terbaik dan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.

"Kini, kami perlu menunggu beberapa jam untuk mengetahui keputusan yang bakal dilakukan pihak kelab."

Sanchez telah menjaringkan satu gol dalam Serie A sejak menyertai Inter ketika menewaskan Sampdoria di tempat lawan sebelum dia diperintah keluar padang.