Mohamed Salah menegaskan tiada perselisihan faham di dalam kem Mesir walaupun mereka tersingkir awal dalam Piala Dunia Russia.

Nasib Mesir disahkan tengah malam tadi susulan kemenangan 1-0 Uruguay ke atas Arab Saudi untuk memastikan pasukan Amerika Selatan itu serta tuan rumah, Russia, layak ke pusingan 16 menerusi aksi Kumpulan A.

Setelah menyaksikan kemenangan 1-0 Uruguay dari bangku simpanan, Salah membuat penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan dalam final Liga Juara-Juara (UCL) untuk menggalas harapan Mesir, namun ia berakhir dengan kekalahan 1-3 kepada Russia, malam tadi.

Berikutan pengesahan penyingkiran itu, Salah menafikan keretakkan hubungan di dalam kem itu dengan menulis di Twitter: "Semua rakyat di Mesir bersatu dan sama sekali tiada konflik antara kami, kami menghormati di antara satu sama lain dan hubungan kami adalah yang terbaik."

Mesir akan menamatkan kempen mereka bertemu Arab Saudi pada Isnin ini.