Ronaldo, Zidane adalah lambang Real Madrid

Oleh Staff Writer 2 Oktober 2017 667
Ronaldo, Zidane adalah lambang Real Madrid
Florentino Perez memuji pemenang Ballon d'Or empat kali, Cristiano Ronaldo, dengan melabelnya sebagai simbol kepada Real Madrid di sebalik bakat dan keinginannya.

Ronaldo memahat namanya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sejak berhijrah ke Real dari Manchester United pada 2009, di samping menjadi penjaring terbanyak kelab itu.

Pemain berusia 32 tahun itut telah membantu Real menjulang 13 kejuaraan, termasuk tiga gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan dua kejuaraan LaLiga.

Bercakap mengenai Ronaldo sebelum menyaksikan kemenangan 2-0 Real ke atas Espanyol semalam, presiden kelab, Perez, menyatakan, "Kami berbangga memiliki pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

"Empat gelaran Ballon d'Or dan bakal mendapatkan yang kelima (hasil kejayaan meraih kejuaraan UCL dan LaLiga musim 2016-17), empat kasut emas dan pemenang pertama Anugerah Pemain Terbaik FIFA.

"Dia juga meurpakan penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid. Ronaldo merupakan contoh kepada DNA Madridista: Bakat dan keinginan.

Perez turut menghamburkan pujian kepada pengendali pasukan, Zidane, sebagai pencetus kejayaan Real merangkul dua kejuaraan utama.

Ikon Perancis, Zidane, yang berpindah karier daripada pemain kepada pengendali pasukan, membantu Real mempertahankan gelaran UCL dan mengetepikan musuh tradisi, Barcelona, untuk menjuarai LaLiga.

"Kami telah mencuba segala-galanya dengan mendapatkan khidmat jurulatih terbaik di dunia, Zidane adalah salah satu daripada simbol Madridismo.

"Beliau mewakili maksud kepada Real Madrid. Beliau seoroang pengurus yang berazam tinggi, sama seperti ketika beliau seorang pemain," katanya lagi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen