Ronaldo pemain terbaik dunia -- Mario Rui

Oleh Staff Writer 15 November 2019 1097
Ronaldo pemain terbaik dunia -- Mario Rui
Mario Rui berpandangan Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik dunia yang sentiasa dahagakan kejayaan.

Ronaldo menjadi inspirasi kemenangan 6-0 Portugal ke atas Lithuania dalam saingan kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi, dengan menjaringkan hatrik dalam saingan Kumpulan B.

Mario Rui memuji rakan senegara berusia 34 tahun itu selepas Portugal semakin hampir melangkah ke kejohanan terbesar Eropah itu.

"Dia adalah pemain terbaik dunia, tidak pernah penat mencari kemenangan, mahukan lebih lagi, dan perasaan "dahaga" itu membentuk dirinya," kata pertahanan kiri Napoli itu.

"Kami gembira kerana memiliki Ronaldo dalam pasukan dan berharap dia akan terus menghadirkan kegembiraan buat pasukan."

Pizzi, Goncalo Paciencia dan Bernardo Silva turut mencetak jaringan buat Portugal, yang kini di tangga kedua kumpulan dengan 14 mata, di belakang Ukraine (19) tetapi mendahului Serbia (13).

Portugal mampu mengesahkan slot apabila berkunjung ke ke Luxembourg, Ahad ini dan Mario Rui berkata tugas sukar menanti pasukannya.

"Secara matematik, tempat kami masih belum terjamin. Kami akan berdepan Luxembourg dan mahu mencari kemenangan ketika Serbia masih mengekori rapat.

"Sasaran kami adalah bersaing dalam Euro 2020 dan tiga mata harus diraih dalam perlawanan ini."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen