Ronaldo jadi penonton dalam persiapan terakhir Juventus 

Oleh Staff Writer 15 Ogos 2019 865
Ronaldo jadi penonton dalam persiapan terakhir Juventus 
Cristiano Ronaldo tidak akan terlibat dalam perlawanan ujian di Villar Perosa, hari ini, demikian pengesahan dibuat Juventus. 

Juve dalam fasa terakhir persediaan mereka untuk menghadapi kempen baru Serie A apabila bakal bertemu Parma, hujung minggu depan. 

Skuad bimbingan Maurizio Sarri itu tidak akan beraksi dalam sebarang perlawanan persahabatan lagi, namun akan meneruskan tradisi mengadakan kem latihan di Villar Perosa berdekatan Turin.

Satu-satunya pemain yang tidak akan terlibat adalah Ronaldo, yang akan berlatih dengan skuad tetapi tidak menyertai perlawanan ujian itu berhubung kelesuan otot kirinya.

Kecergasan Ronaldo dipantau rapi sepanjang pramusim ini yang menyaksikan Sarri memilih untuk tidak menurunkan pemain berusia 34 tahun itu ketika perlawanan persahabatan dengan skuad Pilihan Liga K di Seoul, Korea Selatan, bulan lalu, walaupun bekas tonggak Real Madrid itu sempat beraksi dalam beberapa perlawanan sebelum itu. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen