Real Madrid sambar 'Messi Jepun'

Oleh Staff Writer 15 Jun 2019 10117
 Real Madrid sambar 'Messi Jepun'
Real Madrid telah memeterai perjanjian dengan 'Messi Jepun', Takefusa Kubo, dari akademi Barcelona, demikian umum kelab itu. 

Kubo, yang berpindah dari Tokyo dengan bayaran €2 juta (RM9.37j), mencipta sensasi apabila membuat penampilan pertamanya dalam Liga Jepun pada usia 15 tahun.

Kini berusia berusia 18 tahun, dia yang dianggap sebagai salah seorang bakat muda Asia paling menarik, membuat kemunculan dalam skuad utama Jepun bulan ini dan sedang mengharungi Copa America.

Kubo akan beraksi untuk pasukan simpanan Madrid, Castilla, dan muncul muka terbaru skuad itu menjelang musim 2019-20.

Berikutan kempen yang hambar, skuad Zinedine Zidane itu dirangsang dengan ketibaan Eden Hazard, Ferland Mendy, Luka Jovic, Eder Militao dan Rodrygo Goes.

Kubo terlebih dahulu mewakili Barcelona dan sempat dikaitkan dengan dengan Paris Saint-Germain (PSG). 

Namun, Madrid dalam satu kenyataan menganggap pemain remaja itu sebagai "salah seorang bakat muda paling berbakat".

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen