Rasuah: Presiden CBF digantung seumur hidup

Oleh Staff Writer 28 April 2018 1679
Rasuah: Presiden CBF digantung seumur hidup
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan larangan seumur hidup kepada Presiden Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF), Marco Polo Del Nero.

Larangan itu merangkumi semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan berkuat-kuasa serta merta.

Del Nero dituduh menerima rasuah sebagai pertukaran menawarkan kontrak kepada syarikat media dan pemasaran dalam pelbagai pertandingan bola sepak, termasuk Copa America dan Copa Libertadores.

"Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Del Nero hari ini dan penggantungan itu berkuatkuasa sebaik sahaja dia dimaklumkan," kata satu kenyataan FIFA yang dikeluarkan semalam.

Del Nero didenda £734,344 (RM3.9 juta) sebagai sebahagian daripada keputusan itu.

Sehubungan itu, Naib Presiden CBF, Antonio Carlos Nunes de Lima, akan mengambil alih peranan daripada Del Nero.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen