Ramos: Enrique miliki falsafah indah

Oleh Staff Writer 24 Mac 2019 1031
Ramos: Enrique miliki falsafah indah
Sergio Ramos memuji impak yang diberikan oleh pengendali baru skuad Sepanyol, Luis Enrique, selepas memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan kemenangan.

Sepanyol mengatasi Norway 2-1 di Valencia awal pagi tadi tetapi memerlukan sepakan penalti daripada Ramos untuk mengesahkan tiga mata selepas Josh King memadamkan jaringan pendahuluan Rodrigo Moreno.

Kapten Sepanyol, Ramos, kini telah menjaringkan gol dalam lima aksi berturut-turut buat Sepanyol dan dia berasa pasukannya berada dalam keadaan yang baik susulan pelantikan bekas pengurus Barcelona, Enrique.

"Anda sentiasa memiliki impian dan sasaran untuk mencapai sesuatu yang penting," kata Ramos.

"Kini kami dalam corak kerja bersama jurulatih yang mempunyai falsafah indah untuk dimainkan, kemudian kami akan melihat perlawanan demi perlawanan. Kemenangan membuatkan kami lebih yakin.

"Laluan baru bermula dan tiada apa yang lebih baik berbanding memulakannya dengan kemenangan ke atas lawan yang menyukarkan usaha kami walaupun banyak memegang bola. Kami tahu ia menyakitkan."

Bagi Enrique, dia tidak meragui kemampuan Ramos untuk menyempurnakan sepakan penalti selepas pertahanan itu mengatasi Rune Jarstein menerusi teknik Panenka susulan tindakan penjaga gol itu menjatuhkan Alvaro Morata.

"Ramos adalah pemain unik dalam sejarah bola sepak dunia," ujar Enrique.

"Dia adalah pemain dengan personaliti dan saya tahu dia akan menendang dengan baik."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen