Sergio Ramos menyifatkan Jordi Alba sebagai salah seorang bek kiri terbaik dunia selepas diabaikan oleh pengendali baru Sepanyol, Luis Enrique.

Satu elemen yang mengejutkan daripada Enrique yang dilantik mengambil alih La Roja adalah layanan terhadap Alba, seorang pemain yang pernah bekerjasama dengan beliau ketika mengendalikan Barcelona.

Alba buat masa ini masih belum menerima panggilan daripada pengendali berusia 48 tahun itu di sebalik menjadi salah seorang tonggak utama di barisan pertahanan Sepanyol, dan Ramos menganggap jurulatih itu mengabaikan salah seorang pemain terbaik dunia.

"Saya dan Alba telah beraksi bersama-sama dalam tempoh yang agak panjang. Dia merupakan salah seorang bek- kiri terbaik dunia dan ia dipamerkan menerusi persembahan dan statistiknya," katanya.

"Tetapi jurulatih yang menentukan kesebelasan utama, beliau akan sentiasa diterima baik daripada pemain-pemain."

Ramos dijangka turun beraksi di Seville awal pagi esok apabila Sepanyol menerima kunjungan England dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA.