Mino Raiola menafikan dakwaan bahawa dia berada di Perancis untuk memutlakkan perpindahan Matthijs de Ligt ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan melabelnya sebagai berita palsu.

De Ligt, 19, dikaitkan dengan perpindahan ke PSG atau Barcelona, dengan Manchester United dan Liverpool turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan kapten Ajax itu.

Raiola, yang merupakan ejen kepada pertahanan tengah itu, dikesan berada di Paris dengan dakwaan sedang melakukan rundingan akhir bagi memeterai perjanjian di antara De Ligt dengan juara Ligue 1 itu.

Namun, ejen berkenaan menepis dakwaan itu dengan berkata kepada ANSA: "Ini merupakan contoh klasik berita palsu."

De Light sudah bersedia untuk meninggalkan Ajax dalam musim perpindahan kali ini selepas melalui kempen memberangsangkan di mana dia membantu gergasi Belanda itu untuk menjuarai Eredivisie dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Sementara itu, penggantungan serata dunia yang dikenakan ke atas Raiola ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keputusan rayuan yang dikemukakan semalam dikeluarkan, seperti yang disahkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).