Raiola bincang perpindahan ke Napoli untuk Balotelli

Oleh Staff Writer 29 Mei 2018 911
Raiola bincang perpindahan ke Napoli untuk Balotelli
Mario Balotelli boleh membuat perpindahan ke Napoli apabila kelab Serie A itu kini hanya mempunyai seorang penyerang baik, menurut agennya, Mino Raiola.

Balotelli, 27, dijangka menjadi ejen bebas selepas menjaringkan 43 gol dalam dua kempen dengan skuad Ligue 1, Nice.

Pemain antarabangsa Itali itu telah dikaitkan dengan banyak kelab, termasuk Napoli dan Roma.

Raiola mengulas hubungannya dengan presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, dan berkata kelab itu hanya memiliki satu-satunya penyerang yang lebih baik daripada Balotelli, iaitu Lorenzo Insigne.

"Kamu perlu bertanya (jurulatih Napoli Carlo) Ancelotti. Apa yang saya boleh katakan selain Insigne, tiada yang kuat," katanya kepada pemberita, hari ini.

"Kemudian ia akan bergantung kepada De Laurentiis. Dia akan menentukan sama ada dia mahu menguatkan pasukan atau tidak.

"Kami mempunyai hubungan istimewa dengan De Laurentiis. Pandangan kami sering berbeza tetapi ia tidak bermakna apa-apa.

"Napoli kini semakin besar di bawahnya dan jika dia mahu berjumpa saya, saya sedia pada bila-bila masa," ujarnya.

Balotelli membuat penampilan semula bersama Itali dengan menjaringkan gol awal hari ini, dengan mengetuai pasukannya untuk kemenangan 2-1 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen