Paris Saint-Germain (PSG) memberikan Stanley Nsoki kontrak profesional pertamanya selepas pemain muda itu beraksi cemerlang dalam tiga penampilan musim ini.

Pemain berusia 19 tahun itu merupakan pemain gantian bagi saingan Ligue 1 musim 2017-18 tetapi kini berada dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Pertahanan kelahiran Poissy, Perancis, itu hadir menerusi akademi pasukan sebelum membuat penampilan sulung ketika PSG mengatasi Caen 3-1 pada Disember 2017.

Bekas pemain kebangsaan B-17 tahun itu bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan kelab dan akan kekal bersama pasukan hingga Jun 2021.