Paul Pogba kekal positif dan tidak menaruh kekecewaan terhadap media, kata rakan sepasukan Perancis, Raphael Varane.

Pogba, 25, menganggap dirinya sebagai "pemain paling dikritik di dunia" awal minggu ini, beberapa hari selepas memainkan peranan penting dalam kemenangan 2-1 Perancis ke atas Australia dalam Piala Dunia.

Tetapi Varane berkata pemain tengah Manchester United itu masih positif walaupun dikritik.

"Terdapat banyak perkara negatif dalam akhbar, itulah realiti. Kami sentiasa cuba menjadi positif," katanya.

"Kami mencari apa yang baik, dan kamu seperti ingin berbincang lebih lanjut mengenai apa yang silap. Jadi, saya fikir dia bercakap mengenai perkara itu.

"Tetapi dia tidak kecewa, dia sentiasa positif. Jika kamu boleh lebih positif, ia akan menjadi baik."

Pendahulu Kumpulan C, Perancis, akan menghadapi Peru untuk perlawanan kedua mereka di Ekaterinburg Arena, esok.