Play-off kelayakan Piala Dunia 2022: Apa status Timor Leste?

Oleh Staff Writer 17 April 2019 2523
 Play-off kelayakan Piala Dunia 2022: Apa status Timor Leste?
Status Timor Leste sebagai lawan buat Malaysia masih menjadi tanda tanya. 

Senario itu berlaku ekoran hukuman Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang tidak membenarkan Timor Leste terbabit dengan sebarang aksi Piala Asia 2023 dan tempiasnya turut terkesan dalam aksi play-off kelayakan Piala Dunia 2022 yang berkait di antara satu sama lain pada ketika jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, tetap berwaspada.

Timor Leste tidak dibenarkan terlibat bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 sebagai hukuman berikutan isu kegagalan sembilan pemain naturalisasi mereka mengemukakan dokumen sah ketika kelayakan Piala Asia 2015.

Timbul kekeliruan apabila pentas play-off kelayakan Piala Dunia 2022 bakal menyaksikan pertembungan Malaysia dan Timor Leste memandangkan pertemuan itu juga melibatkan kemaraan di antara Malaysia mahupun Timor Leste dalam aksi kumpulan Piala Asia 2023.

Setakat ini, Malaysia dijadualkan berdepan Timor Leste di laman sendiri pada 6 Jun sementara aksi timbal balik pada 11 Jun.

"Jawatankuasa AFC menetapkan Timor Leste tidak dibenarkan untuk bertanding dalam Piala Asia 2023.

"AFC akan meneliti dan melihat sama ada keputusan perlawanan membabitkan Malaysia boleh beri kesan ," kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul.

Keadaan itu memaksa Jawatankuasa Tatatertib AFC  bersidang bagi mencari jalan terbaik melibatkan kedua-dua pasukan.

Tegas Windsor, situasi itu menjadi rumit ekoran keputusan aksi play-off kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 2023 saling berkait di antara satu sama lain.

"Tentang bagaimana kami menangani format pertandingan ini memandangkan kelayakan play-off Piala Dunia dan kelayakan Piala Asia 2023 menyebabkan Timor Leste digantung," tambahnya. 

Difahamkan, sehingga ke saat ini, status Timor Leste masih menjadi tanda tanya dan keputusannya hanya akan diumumkan AFC minggu depan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen