Miralem Pjanic disahkan cergas menjelang pertemuan permbukaan Juventus dengan Atletico Madrid dalam Liga Juara Juara Eropah, namun Douglas Costa dijangka perlu direhatkan selama dua minggu.

Kedua-dua pemain itu terpaksa dikeluarkan ketika Juve terikat 0-0 dengan Fiorentina dalam Serie A, Sabtu lalu.

Costa hanya dapat beraksi selama lapan minit manakala Pjanic terpaksa dikeluarkan menjelang waktu rehat.

Pemain tengah Bosnia-Herzegovina itu menjalani ujian kesihatan di Hospital J Medical dan tiada sebarang tanda-tanda kecederaan otot dikesan.

Ia bermakna dia dapat diturunkan bagi membantu pasukannya menentang Atletico awal pagi Khamis ini.

Bagaimanapun, Costa disahkan mengalami kecederaan pinggul dan dijangka hanya akan kembali cergas selepas 15 hari.

Pemain sayap Brazil itu hanya dapat diturunkan ketika Juve menghadapi Bayer Leverkusen dalam aksi kedua Kumpulan D, 1 Oktober depan.

Dia juga akan terlepas aksi domestik menentang Hellas Verona, Brescia dan SPAL sepanjang 10 hari ini.