Pasukan Akademi Mohktar Dahari (AMD) Malaysia Cougars akan tampil selaku wakil Malaysia dalam separuh akhir kategori B-12, 13 dan 14 Piala Supermokh di Bukit Jalil, esok.

Seperti yang dijangka, Cougars menetapi ramalan melangkah ke separuh akhir manakala AMD Malaysia Panthers terkandas awal.

Ternyata, kemenangan besar 6-0 ke atas wakil Korea Utara, Gyeongnam FC, dalam aksi terakhir untuk menamatkan Kumpulan B di belakang Arsenal sebagai petanda positif untuk skuad Cougars B-14 yang dikemudi Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah, lebih mendominasi menjelang pertembungan dengan pendahulu Kumpulan A, Paris Saint-Germain (PSG), esok.

"Dari segi persembahan, saya berpuas hati dengan usaha mereka hari ini untuk mendapatkan kemenangan.

"Mereka dilihat mempunyai kemahuan untuk bermain berbanding aksi semalam," katanya.

Sementara itu, skuad B-12 negara pula akan menentang kelab Jepun, Kashima Antlers.